Monday, September 30, 2013

Gadis T-shirt Hitam

Datang gadis kerinduan mensisir ayu,
Rambutnya mekar disapa bayu.
Sambil memakai T-shirt hitam 'I am proud to be Johorean'.
Selambe?

Wednesday, September 25, 2013

Azam zam zam alakazam

Azam aku sempena semester baru,
Memuat turun pelbagai genre cerita,
Tapi,
Sampai la ni tiada kemajuan.

p/s : Salam perantauan

Wednesday, September 18, 2013

Izinkan Aku Malam Ini

Izinkan aku pejamkan mata sebentar.
Untuk melepas lelah.
Melupakan denyutan kepala hotak yang tak berhenti-henti.
Melupakan keluh kesahku.
Melupakan berita hambar.
Melewati dugaan dan takdir.
Mengelap hujan mata.
Biarkan aku malam ni,
tangan aku di atas dahi.
Mengingati kesalahan lalu.
Untuk menghapuskannya.
Supaya memuatkan ketibaan segala kenangan indah.

Tuesday, September 17, 2013

Bagaikan SKYPE di Otak Kecilku

Walaupun awak nun jauh di sana dan saya nun jauh di sini.

Saya masih boleh rasa dup dap jantung awak. 


Hembusan senafas awak. 

Harum wangi awak tanpa bedak. 

Bagaikan dekat dengan saya.

Bukan Skype.



p/s : Lantaklah, mu tunggu aku datang.

Thursday, September 12, 2013

Profaniti Sebuah Rindu

Aku nak robek keluar hati dan jantung ini,
untuk aku beri kepada kau,
supaya hilang rasa ini.
Dan aku nak kau tahu,
yang jantung dan hati aku,
sentiasa untuk kau.

Wednesday, September 11, 2013

Sangap Pagi Ini Luarbiasa

Pagi ini sangap aku panjang sekali,
Ia sangat panjang sehingga aku tersedar,
Betapa aku melupakan;
Keindahan dan kenikmatan,
Pemberian Yang Esa.

Aku sangap begitu panjang,
Tanpa bersyukur,
Betapa cukupnya cahaya,
Pemberian Ilahi.

Pagi ini aku sangap lebih lama dari biasa,
Sebabnya aku terlupa,
Yang kepuasan disuap-suap tanpa henti,
Oleh manusia ekor pendek,*
Aku jadi dayus sedayus pemimpinnya terhadap jelata.


Aku sangap pagi ini,
Teringatkan tanggungjawab,
Semua umat ada tanggugjawab "kata geng aku",
Tanggungjawab aku kini;
ada tiga;
Tuhan,
Mak
Kau.

Sangap pagiku,
Aku bersujud,
Sebab,
Mengingatkanku akan tanggungjawabku


p/s : *ekor pendek sebab tu tak nampak bermakna kita tidak tahu orang tu boleh dipercayai atau tidak.

Monday, September 9, 2013

CaTok (Catatan Ngantok)

menunggu waktu akhir untuk muncul,
berharap aku ada tenaga untuk merempuhnya,
ini bukanlah apa yang aku planningkan,
ini semua diluar fizikalku.

ia menerbang dengan kelajuan cahaya per saat,
fikiran aku melayang-layang seperti gasing berpusing,
banyak perkara, pendahuluan, isi , penutup yang hendak di sampaikan,
sangat sukar untuk membebaskanmu.

aku duduk terasing, sebenarnya... ;
cuba untuk mengasingkan diri, sebenarnya, melarikan diri,
disebuah bilik kosong, sebesar fikiran kosongku,
mencuba lagi untuk melupakan silam,
aku berharap ia tidak akan pernah berakhir,
aku berharap tidak akan...

mengutip serpihan-serpihan , sekarang di mana mahu bermula?

Sunday, September 1, 2013

MIDGET

ada makhluk kecil di jantung, melompat-lompat,
merangkak-rangkak, memusing-musing,
"Apa 'playground' ke hati aku?" bentakkan ku.

Ia terus membesar tak erti kata penat,
pagi, tengahari, tengahari buta, malam masuk ke pagi buta,
terus menyerang hati aku yang lemah,

'Orang putih' panggil 'midget'. 

tapi bila dia senyap tidak kendengaran suaranya,
terasa dingin tidak kedengaran,
bunyi tidak kelihatan.

aku hadam dan faham berkali - berkali.
tertanya bertaut di hati,
"Mana pergi 'midget' makhluk kecil tapi besar tadi?"

Tidur barangkali.
Comel barangkali mukanya.


p/s : dah gatal sangat kot nak bercinta..hak hak...