Friday, November 22, 2013

Kehidupan Muda Yang Abadi (Absolute Youth)

Kehidupan adalah komedi bertemu dengan tragedi. Ia bermula dengan komedi dan berakhir dengan tragedi atau vice versa.

Drama.

Drama kehidupan ni macam mana kita tengok kat tivi, macam tu juga lah life kita. Cuma dalam tivi jenis kehidupan yang telah diedit, part-part yang mendatar dibuang untuk rasa lagi dramatik. Jadi jangan takut untuk menangis dan ketawa dengan drama kehidupan kita. Jangan rasa takut untuk pergi mengembara, ambil risiko dan campak diri keluar dari zon selamat.

Go fucking explore this fucking world my friends!.

Kerana satu hari apa yang kita explore ini akan mengajar kita something, sama ada directly or indirectly kita akan dapat sesuatu. Ada yang pahit, ada yang manis, tawar, masin, masam, kelat atau segala macam. Ia akan bergerak mengikut fasa-fasa kehidupan.

Contoh yang paling mudah, bila kita umur tujuh tahun, benda paling best adalah layan kartun. Masuk umur belasan tahun kita mula minat dengan muzik, taksub dengan idola kita. Bila masuk dua puluh tahun kita mula memberontak dengan kerajaan. Umur dua puluh adalah something tentang kemarahan dan penuh kebencian. Kita emosional dengan semua benda. Jumpa kerusi kita mahu gigit kerusi, jumpa pintu kita pun teranjang pintu. Dua puluh tahun adalah satu angka yang penuh dengan anger. Kerana fasa adolescence macam stage between infancy and adultery. Masa paling lost dalam sejarah individu, kita tak tahu nak jadi apa tapi mahu jadi semuanya. Dalam erti kata lain, fasa paling bergelora penuh rasa dramatik yang dicipta sendiri.

Jangan kerisauan sobat. Fasa ni (awal dua puluh tahun) kita semua macam tu.

Sebenarnya apa yang aku nak cakapnya, ia juga terjadi pada aku. Well my dear friends, satu masa dulu hidup aku penuh dengan rasa curiga, rasa takut, insecure dengan semua benda. Aku jadi marah, angry young man yang mahu mengoncang dunia. Padahal apa yang aku mahu goncang pun aku tak tahu. Tak ada sebab munasabab. Menjadi seorang lelaki muda selalunya bertindak tanpa ada sebab. Kerana itulah rata-rata diantara kita yang muda ini letak "about" di facebook atau twitter - a dreamer/si pemimpi.

Cinta

Mula-mula bercinta memang paling teruja, tapi apakan daya, takda daya untuk memerhati diri sendiri dari menerima frust. Tapi tak lama mana pun, tak sempat menonggeng. Dah elok sihat walafiat. Sebab apa aku tak tertonggeng? sebab cuma 4 hari. Apa kejadah hubungan 4 hari. Biasalah, baru masuk kehidupan pelajar atau "Student Life". Terus shock culture (Culture shock ke?Ah, lantakla). Terus nak mengawan. Tapi, apakan daya lagi. Ada minah ni telah berjaya menambat hati jiwa gelora darah muda aku  semula. Well, selama setahun setengah aku menduda. AKhirnya, berhubungan dengan bidadari sang mentari bak bunga orkid kembang pagi. Seriusly dia bidadari. Ya aku poser jiwang tangkap cintan. Ah, lantaklah! Aku bahagia. Alhamdulillah.

Kalau apa yang kau mimpikan pun kau tak tahu.

Ya satu stage dalam life aku, yakni umur awal dua puluh tahun aku gelarkan aku sendiri dreamer. Dan fuck me!. Basically semua orang masa umur ini adalah poser. Rasa pandai, rasa macam seorang revolusioner, padahal aku tak buat apa-apa pun. Bukan aku je, kau pun sama. Kita semua adalah poser.

Nanti satu hari, bila sampai masanya kita semua secara gradually mula terlerai semua kemarahan itu. Pada waktu kita mahu mencari identiti, roh kita akan keluar merayau-rayau. Pergi ke kelab malam bersosial minum arak hisap dadah berkongkek jantan betina balik lewat pagi. Kita rasa kita adalah revolusioner dan inilah hidupnya. Dan fuckus!. Itu semua adalah roh yang sesat.

Lalu bila kita selesai, kita akan pergi menghilang ke satu fasa yang lain.

Radang marah mula lenyap. Kita hanya mahu duduk bersama dengan keluarga kita di rumah. Luang masa bersama mereka. Luang masa bersama bidadari tadi, Baca buku di katil. "Sekaip" dengan orang tersayang. Habiskan masa berfutsal. Petang-petang makan goreng pisang, jam dua belas "bergayut", Time belajar dekat tempat belajar, pergi kelas balik kelas, siapkan assignment mengejar DEADline, masa hari minggu hanya ngeteh di kedai mamak.(mungkin tiap-tiap hari mengeteh)

Masa tu kita akan fikir, hidup ni simple je. Jangan marah, rilek, senyum dan terus berbahagia. Jika kau mati pun dunia masih lagi berpusing, tiada siapa pun yang ambil kisah pada perang yang kau cuba cetus.

Kerana aku percaya seperti mana kata matsaleh yang aku tak kenal, "Yesterday I was clever, so I wanted to change the world. Today I am wise, so I am changing myself." So, this year I'm changing 22 and yet a poser and loser. **sigh

Friday, November 15, 2013

Uang

Helaian cinta dalam dompetku sudah mulai jujur denganku,
perlahan-lahan kau pergi meninggalkanku.