Thursday, September 12, 2013

Profaniti Sebuah Rindu

Aku nak robek keluar hati dan jantung ini,
untuk aku beri kepada kau,
supaya hilang rasa ini.
Dan aku nak kau tahu,
yang jantung dan hati aku,
sentiasa untuk kau.

Wednesday, September 11, 2013

Sangap Pagi Ini Luarbiasa

Pagi ini sangap aku panjang sekali,
Ia sangat panjang sehingga aku tersedar,
Betapa aku melupakan;
Keindahan dan kenikmatan,
Pemberian Yang Esa.

Aku sangap begitu panjang,
Tanpa bersyukur,
Betapa cukupnya cahaya,
Pemberian Ilahi.

Pagi ini aku sangap lebih lama dari biasa,
Sebabnya aku terlupa,
Yang kepuasan disuap-suap tanpa henti,
Oleh manusia ekor pendek,*
Aku jadi dayus sedayus pemimpinnya terhadap jelata.


Aku sangap pagi ini,
Teringatkan tanggungjawab,
Semua umat ada tanggugjawab "kata geng aku",
Tanggungjawab aku kini;
ada tiga;
Tuhan,
Mak
Kau.

Sangap pagiku,
Aku bersujud,
Sebab,
Mengingatkanku akan tanggungjawabku


p/s : *ekor pendek sebab tu tak nampak bermakna kita tidak tahu orang tu boleh dipercayai atau tidak.

Monday, September 9, 2013

CaTok (Catatan Ngantok)

menunggu waktu akhir untuk muncul,
berharap aku ada tenaga untuk merempuhnya,
ini bukanlah apa yang aku planningkan,
ini semua diluar fizikalku.

ia menerbang dengan kelajuan cahaya per saat,
fikiran aku melayang-layang seperti gasing berpusing,
banyak perkara, pendahuluan, isi , penutup yang hendak di sampaikan,
sangat sukar untuk membebaskanmu.

aku duduk terasing, sebenarnya... ;
cuba untuk mengasingkan diri, sebenarnya, melarikan diri,
disebuah bilik kosong, sebesar fikiran kosongku,
mencuba lagi untuk melupakan silam,
aku berharap ia tidak akan pernah berakhir,
aku berharap tidak akan...

mengutip serpihan-serpihan , sekarang di mana mahu bermula?

Sunday, September 1, 2013

MIDGET

ada makhluk kecil di jantung, melompat-lompat,
merangkak-rangkak, memusing-musing,
"Apa 'playground' ke hati aku?" bentakkan ku.

Ia terus membesar tak erti kata penat,
pagi, tengahari, tengahari buta, malam masuk ke pagi buta,
terus menyerang hati aku yang lemah,

'Orang putih' panggil 'midget'. 

tapi bila dia senyap tidak kendengaran suaranya,
terasa dingin tidak kedengaran,
bunyi tidak kelihatan.

aku hadam dan faham berkali - berkali.
tertanya bertaut di hati,
"Mana pergi 'midget' makhluk kecil tapi besar tadi?"

Tidur barangkali.
Comel barangkali mukanya.


p/s : dah gatal sangat kot nak bercinta..hak hak...

Sunday, June 30, 2013

Aku Binatang Buas dan Cermin

Dia dan dia masih lagi cermin aku,
Mencerminkan aku tiap-tiap hari,
Membentuk, menjaga, mengawal
sifat dan sikap buas aku yang sedang nyenyak tidur,
terperangkap,
Tunggu masa nak terjaga dan terlepas.

tapi,
tidak mengapa.

Sebab aku ada cermin,
Dia dan dia lah cermin aku.

Thursday, June 27, 2013

Dia Kata Aku Melata

dua mata yang sedang memandang aku,
sedikt bundar, lebih bulatnya,
coklat.

aku merenung selama mana aku mau,
dia tanya "mengapa?",
ku kata "tidak ada apa",
dia kata "jangan",
ku kata "biar".

dia tak mau bilang apa yang mencengkam jiwanya,
ku tanya "mengapa?",
dia kata "tidak ada apa".

wahai rentak hati (heartbeat) berhentilah walau sebentar,
dan tenungkanlah mataku yang melata,
khabarkan apa yang jujur dan ujar apa yang menyerabut.

wahai rentak hati (heartbeat) bercukuplah menggagahi jiwamu,
akukan lemahmu,
serikan penatmu,
senyum sambil berkata padaku,
biar aku menurut mu,

aku mau tau,
bebaskan bebanmu, aku mau kamu tau aku senantiasa dua tulang kerat disisimu.

Tuesday, May 21, 2013

Bulang (Bulan Terang)

Pekat - pekat likat, tersekat,
mana perginya keluhuran?
panji janji dibawa mati?
panji berbeza tetap ditiup angin Maha Esa.

Suara tersekat hilangnya amanah diberi,
semboyan memboyan - boyan,
sedang aku leka dibuai kesenangan,
yang sejak lahir ditanam ilmuan sesat,
menanti roh lari dari jasad.

Mana perginya rohnya?

Melayang - layang fikiran sedang aku menyaksikan kejelitaan bulan malam ini.




Saturday, May 11, 2013

To Be With

see I notice nothing make you shatter,
no no,
you are a lover of the wild and,
a jonker of the heart,

But are you mine?

I wanna make you happy,
I wanna make you feel alive,
Let me make you happy,
I wanna make you feel alive at night,
I wanna make you happy,
if you are a good girl tonight.


p/s : love me, please.

Thursday, May 9, 2013

Mataforgana. Apa tu?

Bile bercakap atau berkata-kata tak pakai otak, huru-hara boleh jadi. Kadang-kadang pertumpahan darah ada kemungkinan pun boleh berlaku. Tanpa disedari kita dikawal susuk emosi mataforgana yang tidak stabil. Ditambah tugasan yang semakin menimbun, menebal, berlambak, ditambah perisa kekurangan, kenipisan kewangan dan bebanan hutang.

Ini semua mainan emosi. Kalau tak kuat nak harungi hidup sebelum dewasa dan kawalan emosi secara stabil dan terkawal, maka jadilah antara orang yang 'give up' hidup sendiri paling awal. Dan masa itu, jangan berani tunjuk muka kau kat aku.

Cara nak mengatasi? Susah nak berubah? Orang kata tepuk dada tanya iman. Otak mengawal sistem organ, jadi pikirlah secara matang, perlukah ikutkan perasaan. Sampai masa semua boleh tersembuh luka-luka silam.

 "Ingat, jangan buat perkara yang kita tak suka orang buat kat kita" - anonymous

Apa kejadah semua ni?

p/s : Kawan aku pernah kata "Try and error". Apa salahnya mencuba. Mencuba untuk berubah.

p/ss: Confirm tak menjawab apa tu Mataforgana yang aku sebut..*sigh

Aku pun Manusia Biasa

buka lappy,
buka laman sesawang sosial (macam biasa),
buka blog,
buka 'new post',
langsung takda idea,
buka laman sesawang sosial semula,
(sambil tunggu panggilan istimewa)
tak sedar dah tengah malam,
masa untuk tidur.
(serius, mana arah tujuan hidup aku)

p/s : kerja padahal berlambak.

Wednesday, May 8, 2013

Haram J

aku bukanlah penyanyi,
aku mungkin bukanlah pencerita,
aku tak mungkin pujangga siang dan malam,
aku lagi tak mungkin sasterawan.

apa yang memungkinkan aku, sifatku.
tak mahu dipijak kepala sesuka hati korang,
aku balas seribu kali lebih dahsyat.


p/s : aku serius ni.

Wednesday, April 24, 2013

My Very First (Birthday Wish Lullaby)


I have never met a person as sweet as you in my whole life.
This message has no fat, no cholesterol and no addictive.
This is all natural except... with a lot of honey!
But it can never be as sweet as the one reading it!
May every path be smooth for you,

May every corner bring you happy surprises,
May every day put a smile on your face,
May every friend bring you price and joy,
May you get whatever you always wished for,
And may you never forget Me!
Warm wishes for a Happy Birthday to you!