Monday, February 4, 2013

Dejavu

Mungkin entry aku sebelum ni agak berbahasa Inggeris 'pasar' dan agak poyo (sombong), dan 'post' kali ni merupakan 'post' memartabatkan Bahasa Melayu.


                                                                 "Never push while use this stair"

Lebih kurang beginilah apabila di inggeriskan. Selalunya kita akan nampak diruang dinding ketika ingin naik atau pun turun tangga, tidak kiralah bangunan manapun mesti ada tanda peringatan ini. Baru- baru ini, aku mendapat mesej dari rakan sekolah dan sekelas ketika tingkatan 6 (Pra-U), yang menyatakan hasratnya ingin melawat ke sekolah dan telah pun mengajak aku sekali.

  Bila sampai di sekolah menengah lama aku(Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat), bagaikan ada imuniti yang membolehkan kami melepasi pintu pagar utama seklolah dengan hanya melambai tangan kepada 'makcik guard' sebab dah kamcing(rapat). Bila dikenangkan balik bagaikan tidak banyak pengalaman yang boleh aku ingat.

  Sampai sahaja bangunan kembar atau bangunan baru yang siap dibina semasa aku tingkatan 1 pertengahan tahun sekolah tahun 2004 tersebut, kami yang bersama-sama guru sejarah tingkatan 6, Pn. Asmah terus laju mengorak langkah memanjat setiap anak tangga untuk ke bilik guru ditingkat 1. Ketika itulah , tanda peringatan ini telah kembalikan nostalgia kepada aku. Mungkin pelik bagi sesetengah pelajar lain apa yang istimewa tentang ayat peringatan ini.

NOSTALGIA

   Kadang kala kita lupa bahawa sekeliling kita secara tidak langsung mengajar kita lebih peka dan juga lebih berdisiplin. Seperti ayat peringatan ini, secara tidak langsung mengajar kita berhati-hati ketika turun atau naik tangga. Bagi aku, ia telah kembalikan kenangan bersama rakan-rakan aku yang sering 'bergurau senda' tidak kiralah ketika naik atau turun tangga. Teringat bagaimana ketika aku sering datang ke sekolah mengorak langkah di setiap anak tangga di bangunan tersebut. Ayat ini terus setia saban tahun 'menjaga' dan 'mengingatkan' kita dan juga diri aku.



   Mungkin kenangan ini agak pelik bagi sesetengah orang, tapi bukan pada aku. Aku cuba untuk menjadi orang yang cuba menghargai setiap sekeliling kita. Aku cuba menjadi bagaimana sekeliling aku. Dengan hanya sepotong ayat inilah yang menjadi salah satu sebab aku menjadi dri aku ketika ini. Iaitu orang yang mencapai cita-citanya.

No comments:

Post a Comment