Saturday, March 30, 2013

Aku Terus Bersujud

Ku mengharap kau yang sentiasa, kerna kau sangat berharga.
Ku mengharap kau yang celik, kerna aku buta.
Ku mengharap kau yang jelita, kerna aku hodoh.

Si jelita ini,
adalah jaminan untuk setiap jiwa yang hilang.

Si jelita ini,
boleh menjadi apa sahaja yang dia mahu jadi.

Si jelita ini,
pabila si rakan mengata tentang kamu;
membikin air mata aku tertitis tumpahkan.

Kerna hatiku pecah sedikit,
pabila mendengar nama kamu;
dimanipulasi-kakikan,
dirojak-basikan.

Dan aku berjanji untuk memupuk diri aku,
seperti aur dan tebing;
Maka aku bersujud untuk terus menjaga diriku,
Memulihkan setiap kematian aku seperti pheonix;
hidup dari setiap abu, kabus, dan setiap asap.


Dalam keadaan aku bersujud tubuh sehingga terkebas setiap rongga;

aku meminta Dia izinkan kamu untukku,
aku merayu agar disudikan nafasmu milikku.

Jika,
dan hanya jika;
aku diberi.





p/s : apa di fikiran you bila i sebut "papa"?


No comments:

Post a Comment