Saturday, March 23, 2013

Senyum sikit


Dia rajuk hari ini,
menggigil tubuh menahan resah,
menarik daya.
Tiada upaya.
Wajahnya ku tenung, 
depan cermin yang jauh beribu batu. 
dalam sunyi malam,
sedalam - dalamnya. 
Melihatmu,
aku tenang, Puteri hatiku.

Maafkan aku,
Aku bodoh tidak berusaha memenangi hatimu.
Sebaliknya buatkan mu rajuk.


Pujukan ku hancur,
Namun cuba sedaya upaya,
Kerana apa?
Sebab kamu seorang saja yang berada dekat dengan ku kini.
Tiada yang lain.

Tidurlah, aku disebelah ini.
Biar aku tidur lewat malam ini,
Menunggu kau didatangi lena. 
Semoga esok, rajukmu reda.

p/s: Terciptanya rasa kasih, rasa sayang, dalam diri, didikan ayah ibuku. Walau ia milik Tuhan.

No comments:

Post a Comment