Tuesday, December 31, 2013

Pertama di 2014






You know,

if I'll catch you, before you boarding the plane, going away and far away,

I just want you to have this as present.

Even if you'll never use it, just put it in the kitchen, and stare at it every morning,

and think about me.

Pakcik Azam

Azam tahun baru?
Menunggu ongkos ku naik melipatgandanya,
Tapi hampeh,
Ongkos menurun tanpa henti,
Yang naik ialah harga barang kedai Pakcik Azam.
Ok. Selamat.

Hai 2014. Bai 2013.

Friday, November 22, 2013

Kehidupan Muda Yang Abadi (Absolute Youth)

Kehidupan adalah komedi bertemu dengan tragedi. Ia bermula dengan komedi dan berakhir dengan tragedi atau vice versa.

Drama.

Drama kehidupan ni macam mana kita tengok kat tivi, macam tu juga lah life kita. Cuma dalam tivi jenis kehidupan yang telah diedit, part-part yang mendatar dibuang untuk rasa lagi dramatik. Jadi jangan takut untuk menangis dan ketawa dengan drama kehidupan kita. Jangan rasa takut untuk pergi mengembara, ambil risiko dan campak diri keluar dari zon selamat.

Go fucking explore this fucking world my friends!.

Kerana satu hari apa yang kita explore ini akan mengajar kita something, sama ada directly or indirectly kita akan dapat sesuatu. Ada yang pahit, ada yang manis, tawar, masin, masam, kelat atau segala macam. Ia akan bergerak mengikut fasa-fasa kehidupan.

Contoh yang paling mudah, bila kita umur tujuh tahun, benda paling best adalah layan kartun. Masuk umur belasan tahun kita mula minat dengan muzik, taksub dengan idola kita. Bila masuk dua puluh tahun kita mula memberontak dengan kerajaan. Umur dua puluh adalah something tentang kemarahan dan penuh kebencian. Kita emosional dengan semua benda. Jumpa kerusi kita mahu gigit kerusi, jumpa pintu kita pun teranjang pintu. Dua puluh tahun adalah satu angka yang penuh dengan anger. Kerana fasa adolescence macam stage between infancy and adultery. Masa paling lost dalam sejarah individu, kita tak tahu nak jadi apa tapi mahu jadi semuanya. Dalam erti kata lain, fasa paling bergelora penuh rasa dramatik yang dicipta sendiri.

Jangan kerisauan sobat. Fasa ni (awal dua puluh tahun) kita semua macam tu.

Sebenarnya apa yang aku nak cakapnya, ia juga terjadi pada aku. Well my dear friends, satu masa dulu hidup aku penuh dengan rasa curiga, rasa takut, insecure dengan semua benda. Aku jadi marah, angry young man yang mahu mengoncang dunia. Padahal apa yang aku mahu goncang pun aku tak tahu. Tak ada sebab munasabab. Menjadi seorang lelaki muda selalunya bertindak tanpa ada sebab. Kerana itulah rata-rata diantara kita yang muda ini letak "about" di facebook atau twitter - a dreamer/si pemimpi.

Cinta

Mula-mula bercinta memang paling teruja, tapi apakan daya, takda daya untuk memerhati diri sendiri dari menerima frust. Tapi tak lama mana pun, tak sempat menonggeng. Dah elok sihat walafiat. Sebab apa aku tak tertonggeng? sebab cuma 4 hari. Apa kejadah hubungan 4 hari. Biasalah, baru masuk kehidupan pelajar atau "Student Life". Terus shock culture (Culture shock ke?Ah, lantakla). Terus nak mengawan. Tapi, apakan daya lagi. Ada minah ni telah berjaya menambat hati jiwa gelora darah muda aku  semula. Well, selama setahun setengah aku menduda. AKhirnya, berhubungan dengan bidadari sang mentari bak bunga orkid kembang pagi. Seriusly dia bidadari. Ya aku poser jiwang tangkap cintan. Ah, lantaklah! Aku bahagia. Alhamdulillah.

Kalau apa yang kau mimpikan pun kau tak tahu.

Ya satu stage dalam life aku, yakni umur awal dua puluh tahun aku gelarkan aku sendiri dreamer. Dan fuck me!. Basically semua orang masa umur ini adalah poser. Rasa pandai, rasa macam seorang revolusioner, padahal aku tak buat apa-apa pun. Bukan aku je, kau pun sama. Kita semua adalah poser.

Nanti satu hari, bila sampai masanya kita semua secara gradually mula terlerai semua kemarahan itu. Pada waktu kita mahu mencari identiti, roh kita akan keluar merayau-rayau. Pergi ke kelab malam bersosial minum arak hisap dadah berkongkek jantan betina balik lewat pagi. Kita rasa kita adalah revolusioner dan inilah hidupnya. Dan fuckus!. Itu semua adalah roh yang sesat.

Lalu bila kita selesai, kita akan pergi menghilang ke satu fasa yang lain.

Radang marah mula lenyap. Kita hanya mahu duduk bersama dengan keluarga kita di rumah. Luang masa bersama mereka. Luang masa bersama bidadari tadi, Baca buku di katil. "Sekaip" dengan orang tersayang. Habiskan masa berfutsal. Petang-petang makan goreng pisang, jam dua belas "bergayut", Time belajar dekat tempat belajar, pergi kelas balik kelas, siapkan assignment mengejar DEADline, masa hari minggu hanya ngeteh di kedai mamak.(mungkin tiap-tiap hari mengeteh)

Masa tu kita akan fikir, hidup ni simple je. Jangan marah, rilek, senyum dan terus berbahagia. Jika kau mati pun dunia masih lagi berpusing, tiada siapa pun yang ambil kisah pada perang yang kau cuba cetus.

Kerana aku percaya seperti mana kata matsaleh yang aku tak kenal, "Yesterday I was clever, so I wanted to change the world. Today I am wise, so I am changing myself." So, this year I'm changing 22 and yet a poser and loser. **sigh

Friday, November 15, 2013

Uang

Helaian cinta dalam dompetku sudah mulai jujur denganku,
perlahan-lahan kau pergi meninggalkanku.

Wednesday, October 23, 2013

#Untitled

Aku hanya memandang,
Tak tahu nak mulakan,
Yang aku tahu,
Aku hanya sayang kau,
Seorang.

Tuesday, October 8, 2013

Bertiga

Katanya begitu,
Tapi aku tahu,
Dia tipu,
Tipu untuk menjagaku,
Melindungiku,
Kami bertiga,
Setiap malam terjaga,
Terjaga setiap kali kami bertiga muncul di dunia.

Jerih-perih,
Calar-balar,
Caci-maki,
Ditahannya malu,
Kebal berjiwa tebal bak sang mentari setia memancar Bumi.

Kisahnya Luhur seorang wanita,
Wanita bergelaran Emak.
Permaisuri jantung ragaku.

Monday, October 7, 2013

Jalan Penyelesaian Sebenarnya

Kenapa masih ada persoalan berunsur kebencian?
Sedangkan kentut sama-sama kat muka,
Aku anggap ini phrase sebagai lucah.

Minat kau, lantak kau lah,
Sifat kau, lantak kau lah,
Masalah cerebrum mungkin.
Patut pergi buat terapi ke yoga,
Lantak kau lah.

Jadi,
Kenapa persoalkan tebiat aku,
Dah tebiat aku,
Cemburu mungkin,
Eh! tak (3 harkat panjang)
Hasad dengki mungkin.

Kadang-kala teringin bertukar roh jasad dengan kau,
Hanya untuk kau memahami isi hati perut aku,
Mungkin kerana kita terlau sering mengeluh,
Terlalu jarang bersyukur.

Sama-sama insaf,
Pergi bertaubat.

Tuesday, October 1, 2013

Senang Hati Bukan Main Kepalang

Ikuti langkahku menari,
Hilangkanlah resah di hati,
Bangun dan terus menyamyi.
Tak gitu?

Monday, September 30, 2013

Gadis T-shirt Hitam

Datang gadis kerinduan mensisir ayu,
Rambutnya mekar disapa bayu.
Sambil memakai T-shirt hitam 'I am proud to be Johorean'.
Selambe?

Wednesday, September 25, 2013

Azam zam zam alakazam

Azam aku sempena semester baru,
Memuat turun pelbagai genre cerita,
Tapi,
Sampai la ni tiada kemajuan.

p/s : Salam perantauan

Wednesday, September 18, 2013

Izinkan Aku Malam Ini

Izinkan aku pejamkan mata sebentar.
Untuk melepas lelah.
Melupakan denyutan kepala hotak yang tak berhenti-henti.
Melupakan keluh kesahku.
Melupakan berita hambar.
Melewati dugaan dan takdir.
Mengelap hujan mata.
Biarkan aku malam ni,
tangan aku di atas dahi.
Mengingati kesalahan lalu.
Untuk menghapuskannya.
Supaya memuatkan ketibaan segala kenangan indah.

Tuesday, September 17, 2013

Bagaikan SKYPE di Otak Kecilku

Walaupun awak nun jauh di sana dan saya nun jauh di sini.

Saya masih boleh rasa dup dap jantung awak. 


Hembusan senafas awak. 

Harum wangi awak tanpa bedak. 

Bagaikan dekat dengan saya.

Bukan Skype.



p/s : Lantaklah, mu tunggu aku datang.

Thursday, September 12, 2013

Profaniti Sebuah Rindu

Aku nak robek keluar hati dan jantung ini,
untuk aku beri kepada kau,
supaya hilang rasa ini.
Dan aku nak kau tahu,
yang jantung dan hati aku,
sentiasa untuk kau.

Wednesday, September 11, 2013

Sangap Pagi Ini Luarbiasa

Pagi ini sangap aku panjang sekali,
Ia sangat panjang sehingga aku tersedar,
Betapa aku melupakan;
Keindahan dan kenikmatan,
Pemberian Yang Esa.

Aku sangap begitu panjang,
Tanpa bersyukur,
Betapa cukupnya cahaya,
Pemberian Ilahi.

Pagi ini aku sangap lebih lama dari biasa,
Sebabnya aku terlupa,
Yang kepuasan disuap-suap tanpa henti,
Oleh manusia ekor pendek,*
Aku jadi dayus sedayus pemimpinnya terhadap jelata.


Aku sangap pagi ini,
Teringatkan tanggungjawab,
Semua umat ada tanggugjawab "kata geng aku",
Tanggungjawab aku kini;
ada tiga;
Tuhan,
Mak
Kau.

Sangap pagiku,
Aku bersujud,
Sebab,
Mengingatkanku akan tanggungjawabku


p/s : *ekor pendek sebab tu tak nampak bermakna kita tidak tahu orang tu boleh dipercayai atau tidak.

Monday, September 9, 2013

CaTok (Catatan Ngantok)

menunggu waktu akhir untuk muncul,
berharap aku ada tenaga untuk merempuhnya,
ini bukanlah apa yang aku planningkan,
ini semua diluar fizikalku.

ia menerbang dengan kelajuan cahaya per saat,
fikiran aku melayang-layang seperti gasing berpusing,
banyak perkara, pendahuluan, isi , penutup yang hendak di sampaikan,
sangat sukar untuk membebaskanmu.

aku duduk terasing, sebenarnya... ;
cuba untuk mengasingkan diri, sebenarnya, melarikan diri,
disebuah bilik kosong, sebesar fikiran kosongku,
mencuba lagi untuk melupakan silam,
aku berharap ia tidak akan pernah berakhir,
aku berharap tidak akan...

mengutip serpihan-serpihan , sekarang di mana mahu bermula?

Sunday, September 1, 2013

MIDGET

ada makhluk kecil di jantung, melompat-lompat,
merangkak-rangkak, memusing-musing,
"Apa 'playground' ke hati aku?" bentakkan ku.

Ia terus membesar tak erti kata penat,
pagi, tengahari, tengahari buta, malam masuk ke pagi buta,
terus menyerang hati aku yang lemah,

'Orang putih' panggil 'midget'. 

tapi bila dia senyap tidak kendengaran suaranya,
terasa dingin tidak kedengaran,
bunyi tidak kelihatan.

aku hadam dan faham berkali - berkali.
tertanya bertaut di hati,
"Mana pergi 'midget' makhluk kecil tapi besar tadi?"

Tidur barangkali.
Comel barangkali mukanya.


p/s : dah gatal sangat kot nak bercinta..hak hak...

Sunday, June 30, 2013

Aku Binatang Buas dan Cermin

Dia dan dia masih lagi cermin aku,
Mencerminkan aku tiap-tiap hari,
Membentuk, menjaga, mengawal
sifat dan sikap buas aku yang sedang nyenyak tidur,
terperangkap,
Tunggu masa nak terjaga dan terlepas.

tapi,
tidak mengapa.

Sebab aku ada cermin,
Dia dan dia lah cermin aku.

Thursday, June 27, 2013

Dia Kata Aku Melata

dua mata yang sedang memandang aku,
sedikt bundar, lebih bulatnya,
coklat.

aku merenung selama mana aku mau,
dia tanya "mengapa?",
ku kata "tidak ada apa",
dia kata "jangan",
ku kata "biar".

dia tak mau bilang apa yang mencengkam jiwanya,
ku tanya "mengapa?",
dia kata "tidak ada apa".

wahai rentak hati (heartbeat) berhentilah walau sebentar,
dan tenungkanlah mataku yang melata,
khabarkan apa yang jujur dan ujar apa yang menyerabut.

wahai rentak hati (heartbeat) bercukuplah menggagahi jiwamu,
akukan lemahmu,
serikan penatmu,
senyum sambil berkata padaku,
biar aku menurut mu,

aku mau tau,
bebaskan bebanmu, aku mau kamu tau aku senantiasa dua tulang kerat disisimu.

Tuesday, May 21, 2013

Bulang (Bulan Terang)

Pekat - pekat likat, tersekat,
mana perginya keluhuran?
panji janji dibawa mati?
panji berbeza tetap ditiup angin Maha Esa.

Suara tersekat hilangnya amanah diberi,
semboyan memboyan - boyan,
sedang aku leka dibuai kesenangan,
yang sejak lahir ditanam ilmuan sesat,
menanti roh lari dari jasad.

Mana perginya rohnya?

Melayang - layang fikiran sedang aku menyaksikan kejelitaan bulan malam ini.




Saturday, May 11, 2013

To Be With

see I notice nothing make you shatter,
no no,
you are a lover of the wild and,
a jonker of the heart,

But are you mine?

I wanna make you happy,
I wanna make you feel alive,
Let me make you happy,
I wanna make you feel alive at night,
I wanna make you happy,
if you are a good girl tonight.


p/s : love me, please.

Thursday, May 9, 2013

Mataforgana. Apa tu?

Bile bercakap atau berkata-kata tak pakai otak, huru-hara boleh jadi. Kadang-kadang pertumpahan darah ada kemungkinan pun boleh berlaku. Tanpa disedari kita dikawal susuk emosi mataforgana yang tidak stabil. Ditambah tugasan yang semakin menimbun, menebal, berlambak, ditambah perisa kekurangan, kenipisan kewangan dan bebanan hutang.

Ini semua mainan emosi. Kalau tak kuat nak harungi hidup sebelum dewasa dan kawalan emosi secara stabil dan terkawal, maka jadilah antara orang yang 'give up' hidup sendiri paling awal. Dan masa itu, jangan berani tunjuk muka kau kat aku.

Cara nak mengatasi? Susah nak berubah? Orang kata tepuk dada tanya iman. Otak mengawal sistem organ, jadi pikirlah secara matang, perlukah ikutkan perasaan. Sampai masa semua boleh tersembuh luka-luka silam.

 "Ingat, jangan buat perkara yang kita tak suka orang buat kat kita" - anonymous

Apa kejadah semua ni?

p/s : Kawan aku pernah kata "Try and error". Apa salahnya mencuba. Mencuba untuk berubah.

p/ss: Confirm tak menjawab apa tu Mataforgana yang aku sebut..*sigh

Aku pun Manusia Biasa

buka lappy,
buka laman sesawang sosial (macam biasa),
buka blog,
buka 'new post',
langsung takda idea,
buka laman sesawang sosial semula,
(sambil tunggu panggilan istimewa)
tak sedar dah tengah malam,
masa untuk tidur.
(serius, mana arah tujuan hidup aku)

p/s : kerja padahal berlambak.

Wednesday, May 8, 2013

Haram J

aku bukanlah penyanyi,
aku mungkin bukanlah pencerita,
aku tak mungkin pujangga siang dan malam,
aku lagi tak mungkin sasterawan.

apa yang memungkinkan aku, sifatku.
tak mahu dipijak kepala sesuka hati korang,
aku balas seribu kali lebih dahsyat.


p/s : aku serius ni.

Wednesday, April 24, 2013

My Very First (Birthday Wish Lullaby)


I have never met a person as sweet as you in my whole life.
This message has no fat, no cholesterol and no addictive.
This is all natural except... with a lot of honey!
But it can never be as sweet as the one reading it!
May every path be smooth for you,

May every corner bring you happy surprises,
May every day put a smile on your face,
May every friend bring you price and joy,
May you get whatever you always wished for,
And may you never forget Me!
Warm wishes for a Happy Birthday to you!









Friday, April 19, 2013

Seperti (Hati Tisu)

dah selalu aku merasa seperti ini,
banyak dah kucurahkan,
tapi masih tak mencukupi,
dan semakin kekeringan.

hati ini,
ku jahitkan semula terus ke hati bila terkoyak,
ku tahu ku tak kelakar,
ku tahu ku tak romantik,
ku tahu ku tak pandai memujuk,

tapi,
ku tahu ku cinta, sepenuh jiwa raga.

seperti,

seperti ada sesuatu yang hilang,
seperti ada sesuatu yang masih belum cukup.

seperti


p/s : aku akan ikut kau berjalan,
       kemana pun.



Tuesday, April 16, 2013

Hatiku Tebal

Semakin menebal,apa yang tebal? Tentulah hati aku. Sebab apa?

"bee, hulurkan kemera itu" kata sang bidadari.

"Aku nak jalan jauh ni sayang" kata aku.

"Jangan nakal-nakal" kata sang bidadari tadi. "Nah" dia hulurkan beg kepada aku. Aku bergegas sambil mengucup tangan die..kih kih kih (aku gedik).

Terkejut bila buka beg aku. Dia sangat-sangat sweet.
Dalam kotak hitam aku tadi pun die tinggalkan pesanan untuk aku.
"Jangan nakal-nakal, nanti cubit hidung tu" pesanan sang bidadari.

I promise.



p/s : Cinta semakin menebal.

Sunday, April 14, 2013

What Queen?

i am a big teddy bean
i am a big teddy bean
Aku boleh menjadi segalanya,
Apabila tiada siapa disana.

i am a big teddy bean
i am a big teddy bean
Jika kau seorang Queen of Doll,
Saya ialah seorang Soldier of Doll.

Queen of Doll,
Queen of Doll,
Kau sering diserang, digalang,
Dicaci,dimaki,

Dikata, dihina,
Tapi,
Jangan percaya kata mereka,
Sudah ku kenal pasti,
Kau pujaan hati.

Queen of Doll,
Queen of Doll,
Aku pelawak hati pabila resahmu terbit,
membawa beribu bibit,
supaya kau ketawa semula bak matahari terbit.

i am a big teddy bean,
Kau adalah Queen of Doll,
datang memberi seribu penawar,
sebagai pengubat iri hati,
dari,
Sang Gelap seperti betina,
keliru paras jantinanya,
dan dari,
Mat Jenin berangan kereta Camry untuk kekasih hati,
tapi tidur di siang hari.
dan Sang Kekasih hati,

dulunya berjanji,
kini dicapati.

Aku hadir kini,
Aku bukanlah pendiam,
tapi aku sang peneman,
aku pencinta penuh kemarahan,

Sebab aku adalah Teddy Bean,
kepada,
Queen of Doll aku.

p/s : Inspirasi dari Bean (teddy kesayanganku kini)







Wednesday, April 10, 2013

Kepulangan



Apa ada dalam langit malam ini? untuk detik ini
apa yang paling indah? Katanya ada bintang baru. Kalau awak mahu, awak tunggu sini, Biar saya terbang, ambil untuk awak. Tolong hulurkan CD lagu tu, takdalah saya bosan nanti. Mungkin 2 3 hari lagi saya pulang.

Tapi 2 3 di atas sana tak sama dengan 2 3 hari di bumi, kan?




p/s : Aku keberatan tinggalkan semua yang aku sayang

Monday, April 8, 2013

That Lovely Evening


I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you
I can't take my eyes off of you
I can't take my eyes off you

Did I say that I loathe you?
Did I say that I want to
Leave it all behind?

I can't take my mind off of you
I can't take my mind off you
I can't take my mind off of you
I can't take my mind off you


And never say goodbye

Take my shoulder with you





Saturday, April 6, 2013

I wish I'm Romantic


I wish I knew love as I always imagine
I want to know this midget that always jumping into my heart
Her scent so unique
Her beauty undefined
Her cuteness appealing
Her smile faces
I just want to slow dance
Get lost in her hair
While breathing her essence
So little aware
To look in her dark brown eyes, without saying words
Saying all with a stare I flicker a glare
Worshiping loving her giving her all
Even when knuckles bleed to my knees I fall
That when she's not near
My heart skipping beats until she appears
Want her by my side for to understand
As a man I am foolish
With her best thoughts at hand
I want to be loved as much as I give
For this love to last breath with none left in me


She's love making faces



Hatiku Senak

Jauh tapi dekat,
kini,
dekat rasa jauh.

lihat sini di jari aku ada apa,
ini hati engkau yang semalam kau pesan,
untuk aku perhati hati-hati dan jaga-jaga;

cuma,
aku tak tahu hati aku mana,
aku tak tahu pada siapa,
ada pada engkau?

ku mahu tahu mana sebenarnya kau punya hati.


p/s : shuh, shuh! cemburu, pergi kau jauh-jauh dari hati aku.

Tuesday, April 2, 2013

Engkau Embun


Embunku.

Katanya,
sengajakan si embun membuatku gelisah.
dipujuk mahunya,
namun,
pujukan aku tetap hancur,
tapi berusaha hingga ke langit sekalipun.

embun yang meneman aku sejak tadi malam,
sudah mengering dan bertebaran kembali ke langit subuh.

akan ku rindu.

kerna aku pasti, malam nanti akan datang semula,
pada aku menjadi embun meneman lagi jiwaku yang rapuh.
tatkala; aku berjiwa bara semula.

Si embun pagi dan malam.


Dihembusnya;

aku sang cinta
aku sang suria
aku sang purnama.

Diketapnya;

aku segala,
aku luar biasa,
aku ditunggu dia,
aku jawapan pencipta.

diketapnya pada aku dihembusnya,

aku mimpi dia,
aku bayang dia,
setelah,
sekian lama.

Si embun pagi dan malam.


p/s : Berdoa mengharapkan sesuatu kesetiaan dan yang kekal. Ini Cinta kot?


Saturday, March 30, 2013

Aku Terus Bersujud

Ku mengharap kau yang sentiasa, kerna kau sangat berharga.
Ku mengharap kau yang celik, kerna aku buta.
Ku mengharap kau yang jelita, kerna aku hodoh.

Si jelita ini,
adalah jaminan untuk setiap jiwa yang hilang.

Si jelita ini,
boleh menjadi apa sahaja yang dia mahu jadi.

Si jelita ini,
pabila si rakan mengata tentang kamu;
membikin air mata aku tertitis tumpahkan.

Kerna hatiku pecah sedikit,
pabila mendengar nama kamu;
dimanipulasi-kakikan,
dirojak-basikan.

Dan aku berjanji untuk memupuk diri aku,
seperti aur dan tebing;
Maka aku bersujud untuk terus menjaga diriku,
Memulihkan setiap kematian aku seperti pheonix;
hidup dari setiap abu, kabus, dan setiap asap.


Dalam keadaan aku bersujud tubuh sehingga terkebas setiap rongga;

aku meminta Dia izinkan kamu untukku,
aku merayu agar disudikan nafasmu milikku.

Jika,
dan hanya jika;
aku diberi.





p/s : apa di fikiran you bila i sebut "papa"?


Wednesday, March 27, 2013

Aku cuba Waras

Semoga malam-malam masih membawa mimpi-mimpi yang akan menyuap sedikit hauslapar yang memenuhi ruang legar mindaku. Yang kadang waras, yang kadang gila. Gila melihat kerakusan mengejar panggilan yang sementara bukan hakiki sekalipun.


p/s : Terus diam

Sifat Seekor Monyet

Kurang ajarnya tetap santun, lembutnya cukup jantan, dajalnya masih selamba, nakalnya bersulam jenaka, menikam dengan pantun, menyanggah dengan senyuman, marahnya dalam tertawa, merendah bukan menyembah.
Malayneum kini dipenuhi zombie2 kurang cerdik di sistem neuronnya malahan kurang sihat akal fikirannya.
 

Monday, March 25, 2013

Malayneum

Menguap, sekali-sekala menjeling, kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang terlalu malas,nak kene pusing.Layan masyuk pagi mungkin.

'Otak pandai' menanyakan aku, apa faktor kekuatan masyarakat kini? aku senyap, aku bisu, aku memikir mungkin. Banyak faktor.

Masyarakat kini hipokrit. Mereka memikirkan cara penyelasaian sendiri berdasarkan implikasi dan 'judgemental' terhadap perbuatan yang dilakukan sendiri. Kemudian kata "Engkau kena ikut cara aku"
tanpa mengambil kira dengan keselesaan dan kesediaan  oleh orang lain.

Zombi yang kotor, bunian yang degil.

Apa susah? Kita tengking, mereka dengarlah.

Kata A, pikir A. Kata B, pikir B. Semua nak kene suap dulu.

Tapi, bila suruh A, buat B, bila suruh B, buatnya Z! mendelah.

Macai apakah ini?

p/s : Word of the day - Malaysian

Sunday, March 24, 2013

Hari ini Sangat Bahagia

Tiada kata secantik bahasa,
Untuk ku puji adinda,
tapi aku malu untuk bertanya namanya,
aku malu untuk kata yang aku suka.

Aku beranikan diri,
"Hei, siapa nama awak?"
Lantas bersahut,
"Bidadari"

Mengenali seorang yang semanis itu,
Membikin aku menjadi seperti termalukan;
dia begitu manis,
dia begitu comel,
dia terlalu anggun,
Oh, aku mau jadi rupawan.

Aku jadi malu,
Padahal itu bukan watakku?
Apa yang terjadi pada ku?
Aku begitu gagah,
Aku tak begitu lemah.

Didepan kau,
Aku jadi
seperti meretak,
seperti terhentak,
seperti terpecah,
seperti terpisah.

Kau pujaan hati,
Kau cinta sejati,
Kau pengasih,
Kau penyinar,
Kaulah penyatu.

Aku beranikan diri lagi,
"Kita bahagia tak?"
Lantas mengangguk,
Tanda setuju mengikut adat masyarakat Kepulauan Maleis.

Aku bahagia,
Kini aku sempurna.


p/s : Allahurobbi. Kaulah tempat ku bergantung. Memakbulkan segala hajatku keatas keluargaku dan si dia.



Saturday, March 23, 2013

Senyum sikit


Dia rajuk hari ini,
menggigil tubuh menahan resah,
menarik daya.
Tiada upaya.
Wajahnya ku tenung, 
depan cermin yang jauh beribu batu. 
dalam sunyi malam,
sedalam - dalamnya. 
Melihatmu,
aku tenang, Puteri hatiku.

Maafkan aku,
Aku bodoh tidak berusaha memenangi hatimu.
Sebaliknya buatkan mu rajuk.


Pujukan ku hancur,
Namun cuba sedaya upaya,
Kerana apa?
Sebab kamu seorang saja yang berada dekat dengan ku kini.
Tiada yang lain.

Tidurlah, aku disebelah ini.
Biar aku tidur lewat malam ini,
Menunggu kau didatangi lena. 
Semoga esok, rajukmu reda.

p/s: Terciptanya rasa kasih, rasa sayang, dalam diri, didikan ayah ibuku. Walau ia milik Tuhan.

untitled

Lagi skali.

Ampunkan aku.

Lepas nih tak buat lagi.

Friday, March 22, 2013

High ke? #buddyz

Kalau gelak pecah perut mesti pegang perut tak? Supaya perut tak pecah betul2.

Aku rasa aku kena berhenti gelak sebelum orang ingat aku ni gila ....kih kih kih (sambung gelak perlahan-lahan)

Aku nak bersimpati tapi kasi aku gelakkan dulu. Pastu baru kata "rasakan!"

Sebenarnya aku tengah moody.

Jangan kacau aku! Sentuh perut aku pun tidak!

Sebab aku tengah gelak.

Gelakkan kau la bangang.






Thursday, March 21, 2013

Sesak di 'Brainwash'

Aku,
Sakit hati, makan hati,
Susah hati, iri hati,
Suka hati, ambil hati,
Jaga hati, Beri hati,
Geli hati, senang hati,
Jauh hati, beli hati,
Dekat hati, curi hati,
Cemburu hati, gelap hati
Buka hati, ada hati,
Terang hati, tutup hati,
Suara hati, berhati-hati...

penyebab,

'Ibuku' yang makin terseksa dengan kerakusan si pembelit putaran otak lidah bercabang makhluk otak yang kompleks modenisasi kini.



'

Hari Tragedi

Huh...
Tragedi,
Tragedi,
Penat lelah,
Hasilnya ciput,
"Kenelah dengan usahanya!" sindiran dari entah.
"Berapa dapat?" Tanya abangku.
emm....nah..
"Ok lah tu, 8 kredit" Kata abangku lagi.
"Aku Spm, 4 kredit jek" Sambung dia lagi.


                                        p/s : Balek tolong mak kat kedai,malam karoeke
                                               Selamber?

                                                                             Layan pasrah

Sutan (Surat Cintan)

Bersusun buku,
Bersusun cerita dah disedut,
Bersusun kerja,
yang satu tak baca lagi,
yang satu tak tengok lagi,
yang satu tak start buat lagi.

ehem. Macam biasa.

Masaku dicuri demi untuk mencuri hati Sang Bidadari,
Sang pengubat luka,
juga pelengkap rusuk kiri.

Aku promise.

                                                 

Tuesday, March 19, 2013

Botan (Borak Cintan)

Kadang-kadang dunie perlukan kasih sayang dan Cinta. Kerane dunie semakin kekurangan segale justifikasi dan implikasi kehidupan.


Aku : mokcik sayang!!
         wat pe tu...

Cute : ye pokcik sayang
          tga un9 lah

Aku : huk huk
         haha
         mesti penat die men masak2 rini


Cute : aip..
         mane ade main masak2
         owg masak betol2 lah sayang


Aku : gurau jekla b
        hiii


Cute : ish
         sayang saye ni kan..
         keje die kenakan kite je
         #cubit pp


Aku : sakitla cubit pp
         kiss pp xpe


Cute : ish..gatai #cubit lg kuat

Aku : 
adei3
        trus jatoh ke hati


Cute : sayang~~
          main2 lagi..
          ish


Aku : ok2
        x main2
        serius nih

Cute : muah! comel!
         
sayang..i need dalam 15 minutes..mama mintak tolong buat keje jap..


Aku : 
orait
 u too


Cute : jp lg kite              sambung ea


Aku : 
go on la k

Cute : 
sayang     awak!


Aku : 
jgn nakal2 ngn mama


p/s : Semakin hari semakin sayang :) Die nak tahu target kedue aku, tentulah masuk meminang die. Gile nak lepaskan die!

Sunday, March 17, 2013

CaDha (Catatan Redha)

Tepat jam 1 petang adelah masuknye waktu tekak menjadi kering,kehausan nak pengsan. Adatlah hidup bujang sebagai pelajar, kenelah siap sedia segala apa yang berlaku di masa-masa darurat camni.

Sediakan lebih awal untuk hari yang mendatang.

Tanpa berlengah kan mase, punggungku memainkan peranan penting dalam setiap pergerakan aku.

 Sebelum nak sampai ke peti ais dimane terletaknye 'nyawa' simpanan aku tu, aku ternampak seolah-olah peti 'nyawa' aku tuh kat atas meja. Tapi kosong!.

Dalam hati aku kata "Ahh, tak mungkin botol air aku?"

Tapi seakan-akan kuat naluri aku mengatekan aku harus teruskan perjalanan ke peti 'nyawe' simpanan aku.

Tanpe berlengah, aku membayangkan aku membuka pintu peti ais yang seakan membuka peti bom jangke diiringi muzik telenovela dan jugak disokong cinematografi perferakan slowmo cerite-cerite indon petang-petang.

Hari ini dah masuk kali ke-3 aku kempunan air sejuk buatan tangan asli sendiri.

Dalam hati "Aku redha" dan berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Senyum pun tak.


                                                                                       p/s : Jangan biarkan insan yang lemah tak                                                                                        
                                                                                               memahami apa itu CINTA.

Saturday, March 16, 2013

Si Bidadari Baik dan Aku Bodoh

Hari ni,
Sangat menyakitkan,
Tak lalu makan,
Tak ade tenaga,
Perut aku senak.

Ya,
Apa yang aku takut dah muncul,
Kesakitan lagi sekali menyerang,
Terbangun dari mimpi siang,
Mimpi bidadari kayangan,
Bidadari yang sebelumnya menyambut tangan ku,
Tangan ku yang hampir putus.

Sayang betul dia kat aku,
Aku buat salah teruk,
Dia menangis satu malam,
Kemudian die jawab,
Dia tersenyum dan aku tidak layak terime senyuman manis tu.

Dia nak marah, tapi die tersenyum,
Dia nak pukul aku, tapi die tersenyum lagi,
Dia nak lepaskan kemarahan die, tapi die takut aku terase,
Dia nak merajuk, tapi die takut aku bersedih,
Dia nak buat muke, tapi die nak berbual jugak dengan aku,
Dia nak menangis, tapi die ajak aku tersenyum dan senang hati.

Apakah memang ade Bidadari yang murni macam ni?

Kerana aku Bodoh,
Begitu Bodoh menyakitkan hati Dia,
Begitu Bodoh buat die menangis,
Begitu Bodoh buat die merajuk,
Begitu Bodoh buat die marah.

Aku tanye, maafkan aku,
Dia cakap aku tak salah ape pun.
Aku cakap aku layak ditumbuk,
Dia cakap maafkan,
Dia cakap sayang aku,
Dalam hati aku kate,
"Tuhan, kalau betul die jodoh, biar aku lawan untuk jodoh ini!!"

Friday, March 15, 2013

Cale (Catatan Kawan yang Gile)

afi seorang yang sangat comel
semakin hari semakin comel
tak ada siapa mampu melawan kecomelannya
dia memang sangat comel


syauqi seorang yang sangat malu
dulu dipangkil jejaka runsing lagi bercelaru
tapi sekarang berambut baru
sangat bergaya buat saya terharu


mirul...emmmmmmmmm dah tak pisang lagi.


dammm niggah

- catatan afirad

(takde nilai lansung)

Die dan Idea

Mateku kuyu, layu,
Akalku penat, haus,
Fikiran kosong,
Sesekali memandang syiling,
Tangan di dahi,

"Idea tak nak datang!" bentakkanku.

Sabtu yang nostalgik,
Dulu kale,
Kartun menjadi santapan minda di pagi hari,
Kini,
Penuh benak di minda.

"Mane Idea!!" lagi bentakkanku.

Pagi ni,
Aku tertunggu-tunggu, ternanti-nanti,
Mesin ring-ring bernyanyi,
Sepantas kilat yg lebih pantas dari kilat,
Aku sahut,
Die pule menyahut dengan suare merdunye,

"Argghhh, merdunye!" bentakkanku lebih kuat.

Ya,
Dielah penyeri pagiku kini,
huh,
Kini dielah penawar kemarahan ku,
jugak.

Dia senyum,
dan berkata,
Setiapnye sudah sempurna,
Satu persatu,
Tersusun tanpa cela.

Idea terus mencurah-curah bak gandum ditanaman luas,
bak-bak datang Idea.
bak-bak datang sayang.
bak-bak datang mokcik,
teros suapkan aku Idea.

(Selambe?)

Wednesday, March 13, 2013

CATAN (Catatan Tangkap Cintan)

Hari yang paling 'Lucky' katenye. Die membelai rambutnye. Tarik lagi rambutnye. Tarik rambut lagi.

Aku usap rambut aku. Die kate kontrol. Aku usap lagi, 3 kali dikirenye. Aku bergelak, die bergelak ketawe. Aku bergurau, die bergurau-sende. Die senyum depan aku, Aku counter attack balek, senyum depan die.

Tapi, bile pikir balik.
Sebenarnye aku sayang. Aku cintekan rutin itu. Kerane itu rutin watak Kau. Diri kau. Diri Kau yang aku terime seadanye.

Kau. Yang dari tadi mengadap cermin meletakkan kepercayaan sepenuh jiwa,pada refleksi dari cermin. Kau adelah salah seorang manusia yang menjual kewarasan dan jiwa kau pade cermin. Cermin kate cantik, cantiklah kau. Kau percaye kata-kata Cermin sangat-sangat.

Aku adelah Cermin yang Hodoh.

Aku diam memerhatikan Kau dari depan. Merenung Kau mencantikkan rambut.

Kau memang cantik. Sangat cantik.
Hari-hari aku lihat kau cantik.

Cantik dari Cermin.

Hai, Aku lelaki idamanmu. Kite boleh mulekan cinte sekarang.
Selambe?

Monday, March 11, 2013

Aman Damai ke?

Aku sedih berade di sini,
Aku takut berade di sini,
Tapi aku tak tahu nak pergi mane lagi,
Kenape dengan negare aku ini?

"Mereke kate ku gile,
lagilah aku suke,
Otakku gelige,
Fikiran luar biase."

"Mereke kate ku samseng,
Tapi ku tak ambil pusing,
pedulikan semue,
Fikir ape yang penting."
-teringat lagu Butterfinger (Maharani)

Entahlah,
Malas aku nak cakap lebih.
Silalah sembah Tuhan Duit kau itu,
dan berimanlah pade die...ppffffttttt                            

'Hujan' takkan berhenti kali ini

Saturday, March 9, 2013

Ape Masalah Sebenarnye?

Macam biase, time nak tunggu washing machine kosong, aku dengan kawan aku @ masta lepak sat kat kedai makan hijau(bukan name sebenar). Odar makan sedap-sedap plus air mahal. Lepas siap makan, bual la pasal macam-macam. Bual dok bual sampai terbukak bab politik.

Persoalan terwujud dalam benak hati, perut dan perasaan aku.Ape yang susah sangat ni,ape masalah sebenarnye? Dalam keadaan ade tangisan, kemonyokkan (monyok), kegusaran, kenape mesti ade yang bertepuk, bermaki, bertaik.Siap sempat lagi promo PRU(bukan name sebenar) yang akan datang.(Sape tak tahu ape tu PRU, cube blaja ABC dulu.Baru dok cite pasal politik). Malas sebenarnye, lemah bile difikirkan. Tak tulus, hancus, fuluss, jerlus bila cite pasal politik kat Malayneum nih (bukan name sebenar gak dan tibe teringat title lagu band Butterfingers). Lagi-lagi TV 1+1+1+suku... Orang dok cakap ni salah Mr Mansuh(pun bukan name sebenar). Orang dok cakap, tak mungkin Pee Emm sanggup bunuh rakyat sendiri. Hanpa kene ingat(tiba utaqhaq mai), isu 16 Mei dah pon ketahuan yang sebenarnye memang ade dalang di sebalik kejadian ngeri yang menimpa Malaynuem suatu ketika dulu. Tu pun 'Depa' sanggup tengok rakyat sendiri 'menderita'. Allahualam.

Kemungkinan pon ade jugak yang dalang nye adelah si Mr Mansuh nih tadi. Kemungkinan.... masing2 dah ade akal, fikiran dan benak yang waras. Cume sekarang nih cubelah waras sekejap jek untuk tragedi yang sedang berlaku di Lahad Datu dan Sabah (name sebenar). sejenak jek... Ade orang kate, ni sume salah si Mr. Mansuh, si Pee Emm, sebab nampak cam diperbuat, diperolokkan isu nih. Lastly, aku rase kite sume yang salah sebab nak kan sume nih yang berlaku tanpe ade rase belas kasihan terhadap keluarge si mati yang terlibat ( Al-Fatihah). Bukan tak sokong PR, tapi Tanpe sume merase, perjuangan mane yang lebih mulie, perjuangan mane yang lebih diutamekan. Same ade perjuangan Islam kah, atau pelbagai kesenangan di Malayneum nih yang nak dieperjuangkan. So, rase2 semue dah tahu mane yang nak diundi untuk kali nih.

Undi Perjuang Angkatan Islam kah? atau Undi Undang2 Malayneum yang membawe kepade keseronokan duniawi yang masyuk?

Takbir. Allahuaakbar

P/S: Sedih dengan pemergian pejuang tanah air sedangkan kite dikatekan mempunyai sistem defence yang diiktiraf dan antare terbaik DUNIE...diulangi...DUNIE!..sebab kite LALAI dengan pengiktirafan ini. Sebab inilah kite perlu tukar care pemikiran kite sekarang yang dah diset dari negare kite Merdeka lagi.

Friday, March 8, 2013

Pasrah dan Berserah Ke Bantal Empuk



petang yang tenang,
hati tenang banyak senang,
mate tibe2 bergelinangan,
mulut menguak,
tenang mukanya,
selepas ketike berbicare,
berdue,
ketike ini keseorangan...pffttt
rase pasrah dan berserah ka bantal empuk.

Pahit diungkapkan,
kenyataan,

perjalanan masih panjang,
salah jalan,
menuju perparitan,
perlukan pegangan,
kalau pasrah dan berserahlah ke bantal empuk.


pagi berkokok,
petang berkokok,
dada bidang,
berani,
ayam jantan,
malas nak layan,
pasrah dan berserah ke bantal empuk.


antara memilih dan dipilih,
hari ini atau esok,
keduanya ade kelebihan,
hari ini,
Isnin lame lagi,
esok hari,
Isnin menghampiri,
Aku pasrah dan berserah di bantal empuk,
mengahadap laptop.

Thursday, March 7, 2013

Jika aku BRAND

Di pagi hening, ditemani kesejukkan air cond bilik kuliah tingginya di paras 4 bermaksud ketinggian 6 tingkat.Perbualan, chit chatting, yang ber'Ipad' berFB, berTweet, berWhatsapp dan banyak ber- lagi.Pengajaran pagi itu menanyakan kalau kite ini adelah sebuah 'Brand', kalau aku adelah sebuah 'Brand'.'Brand' apekah yang mewakili personaliti, personafikasi diri kite, diri aku.

  Ape yang berlubang ditengah, Colgate, Honda, Cadbury dan bermacam lagi produk dan Brand yang terkenal, dikenali, disukai. Aku adelah diri aku, aku menyukai dari kali pertame aku menyaksikan keseimbangan kiri, kanan rekabentuk tersebut aku jatuh cinte. Lembage tersebut menanyekan aku " kamu suke baju mane?" seraye aku berkate " saye suke yang ini". Dalam hati aku menjerit "Aku nak sangat baju ini!!". Bagai lembage tersebut memahami isi hati fikiran benak perut ku, Beliau membelikan jugak sehelai baju berjename tersebut untuk aku walaupun hargenye sangat meruncingkan ekonomi tempatan ketike itu.Aku kecik lagi, jadi aku tak pandai lagi menunjukkan grattitude aku kepade lembage tersebut.

  Aku kecik lagi, berpakai kasual berjename, berbangge, berbongkak kepade rakan- rakan kene dengan kehebatan jename pakaian kasual tersebut. Apebile aku menceburkan diri di dalam sukan, melibatkan diri dengan sukan yang lasak, yang ditakuti semue, aku beralih kepade 'sportswear' jename tersebut. Seperti aku, jename tersebut ade kasual dan ade pakaian sukan seperti melamabangkan diri aku yang ketike ini. Dalam otak aku hanye satu ketike itu apebile ingin menjawab apekah aku kalau aku sebuah 'Brand'?

Aku adelah ADIDAS.

Friday, February 8, 2013

Bola Kadang Lonjong

Orang kate(orang katelah, bukan aku), yang bola itu bulat...permainan boleh berubah 90 minit..itu bola sepak. Sebuah permainan yang dikenali hampir 99.99% penduduk di muka bumi ini. Dan hampir 50% penduduk di seluruh dunia berimpian menjadikan sukan bola sepak sebagai kerjaya. Ini semua disebabkan kepopularan dan kekayaan pemain seperti David Bekham, Cristiano Ronaldo dan banyak lagi.

  Tapi aku bukan nak cerita pasal bola sepak atau bola itu bulat, sebaliknya aku nak cerita 'BOLA ITU LONJONG".. x cayekan..ini buktinya,



HAHA

Hari ini bersamaan 8 Februari 2013, hanye satu ungkapan yang bole di ungkap iaitu "PANCIT!!".. Terlalu lama meninggalkan sukan harian di tempat belajar membuatkan aku pancit dan hilang 'fitness'..sigh..haha..
so, hari ini menunjukkan bahawa aku harus cari fittness aku yang sudah totally hilang...hahaha

Wednesday, February 6, 2013

Life is Just Like Camera


Just focus on what's important. Capture the GOOD TIME, develop from the negatives and if things don't turn out, just take another shot. My friend has said this to me once, "TRY AND ERROR" so many times, until it appears in my dream.sigh...haha

  I always ask all an expert and pro in photography. What is the BEST possible to take a good ANGLE or best shot. They had told me in many different version, but the outcome is all the same, that "What do you want to tell or what is your STORIES in your PICTURE. Nah.. thats how i'm supposed to polish my eyes and work to generate and produce what I'm interested in.

Monday, February 4, 2013

Dejavu

Mungkin entry aku sebelum ni agak berbahasa Inggeris 'pasar' dan agak poyo (sombong), dan 'post' kali ni merupakan 'post' memartabatkan Bahasa Melayu.


                                                                 "Never push while use this stair"

Lebih kurang beginilah apabila di inggeriskan. Selalunya kita akan nampak diruang dinding ketika ingin naik atau pun turun tangga, tidak kiralah bangunan manapun mesti ada tanda peringatan ini. Baru- baru ini, aku mendapat mesej dari rakan sekolah dan sekelas ketika tingkatan 6 (Pra-U), yang menyatakan hasratnya ingin melawat ke sekolah dan telah pun mengajak aku sekali.

  Bila sampai di sekolah menengah lama aku(Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat), bagaikan ada imuniti yang membolehkan kami melepasi pintu pagar utama seklolah dengan hanya melambai tangan kepada 'makcik guard' sebab dah kamcing(rapat). Bila dikenangkan balik bagaikan tidak banyak pengalaman yang boleh aku ingat.

  Sampai sahaja bangunan kembar atau bangunan baru yang siap dibina semasa aku tingkatan 1 pertengahan tahun sekolah tahun 2004 tersebut, kami yang bersama-sama guru sejarah tingkatan 6, Pn. Asmah terus laju mengorak langkah memanjat setiap anak tangga untuk ke bilik guru ditingkat 1. Ketika itulah , tanda peringatan ini telah kembalikan nostalgia kepada aku. Mungkin pelik bagi sesetengah pelajar lain apa yang istimewa tentang ayat peringatan ini.

NOSTALGIA

   Kadang kala kita lupa bahawa sekeliling kita secara tidak langsung mengajar kita lebih peka dan juga lebih berdisiplin. Seperti ayat peringatan ini, secara tidak langsung mengajar kita berhati-hati ketika turun atau naik tangga. Bagi aku, ia telah kembalikan kenangan bersama rakan-rakan aku yang sering 'bergurau senda' tidak kiralah ketika naik atau turun tangga. Teringat bagaimana ketika aku sering datang ke sekolah mengorak langkah di setiap anak tangga di bangunan tersebut. Ayat ini terus setia saban tahun 'menjaga' dan 'mengingatkan' kita dan juga diri aku.



   Mungkin kenangan ini agak pelik bagi sesetengah orang, tapi bukan pada aku. Aku cuba untuk menjadi orang yang cuba menghargai setiap sekeliling kita. Aku cuba menjadi bagaimana sekeliling aku. Dengan hanya sepotong ayat inilah yang menjadi salah satu sebab aku menjadi dri aku ketika ini. Iaitu orang yang mencapai cita-citanya.

Saturday, February 2, 2013

War Dance


I ventured into this field prior to exposure to the world of graphics and art. First, it is hard to get mixed up with all the things that i had never been thinking will be my expert field someday. But I'm very grateful to have      
family, freinds and lecturer that very supportive to my  future, though. This coming 7th of February 2013 wil be my 4th semester of 2nd Year as UPSI's student and will be part of Majlis Universiti Sukan Malaysia (MASUM) camp taining that held at UPSI itself. Training to be ready for Rugby tournament for sure. Erm...let  see hot it goes. It's time to see the outcomes.

Friday, February 1, 2013

please visit my artwork at See.me

http://amirulaleem.see.me/

This is a creative outlet for me. I enjoy photography and all thing creative especially art and design. Enjoy showing it to others.

I truly think that there is more beauty in imperfection than perfection, for it is the imperfect things that truly make us beautiful.

What are Creative People?

• Creative people love putting things together
• Creative people are curious
• Creative people are different
• Creative people are playful and childlike
• Creative people love to put things together
• Creative people love to put things together
• Creative people do not play by the rules
• Creative people want to keep inventing
• Creative people are adventurous
• Creative people have trouble being accurate
• Creative people are spontaneous
• Creative people are independent
• Creative people are funny
• Creative people are sensitive
• Creative people are bold,
• Creative people see things
• Creative people take action
• Creative people are impatient.
• Creativity requires courage and willpower
• Creativity requires the ability to concentration
• Creative people are unpredictable
• Creative people are usually late (kind of me)
• Creative people are irrational
• A word of warning. Creative People can be a Pain in the you know where . . .

Eagerness




It talked Change Your Mind, Change Opinion And Experience Exchange. Secrets of Talk is Articulate, Clever Ask And Listening.
Become Successful people are ambition.